BUAT MASA INI PERKHIDMATAN SAYA TERPAKSA DIHENTIKAN SEKETIKA KERANA KINI SAYA TELAH BEKERJA DI SEMENANJUNG..TAK DAPAT NAK HANDLE PELANGGAN YANG INGIN KE SABAH...INSHAALLAH SERVIS INI MUNGKIN AKAN DISAMBUNG BALIK JIKA ADIK SAYA BERSEDIA UNTUK HANDLE PELANGGAN YANG DATANG BERCUTI KE SABAH..
CUMA JIKA ADA PERTANYAAN BERKAITAN NEGERI KELAHIRAN SAYA INI BOLEHLAH CONTACT SAYA TERUS..SAYA AKAN CUBA BANTU SEKADAR YANG MAMPU..TQ..!!
Kepada sesiapa yang tengah mencari kerja sampingan untuk menambah duit poket, saya ingin memberikan anda peluang untuk menjadi agen pelancongan secara sambilan. Anda tidak akan terikat dengan masa, anda boleh buat kerja ini bila anda suka dan di mana-mana sahaja..
Jadi kepada yang berminat, sila berikan maklumat peribadi (resume) kepada saya dan emelkan kepada bestcuti2@gmail.com...Peluang ini hanya saya buka kepada sesiapa yang betul-betul berminat sahaja dalam industri pelancongan ini. Jangan risau, saya tidak akan mengenakan bayaran sesen pun untuk anda menjadi agen pelancongan..IANYA PERCUMA!!
Di kesempatan ini, ingin saya menulis berkaitan tempat apa yang menarik di Sabah dan harus di kunjungi sekiranya datang ke negeri Sabah ini. Hari ini, saya hendak menceritakan tentang Poring Hot Spring pula. Semoga apa yang saya tulis ini akan memberikan maklumat buat sesiapa yang akan berkunjung ke Sabah nanti.
Ok yang pertama,lokasi Poring Hot Spring ini adalah terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Kiranya berhampiran dengan Gunung Kinabalu juga. Sebenarnya Poring bagi masyarakat Kadazan Dusun (salah satu suku kaum yang terdapat di Sabah) merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi tarikan kepada para pelancong adalah kerana Poring terkenal dengan adanya kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Untuk pengetahuan juga, kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Tidak hairanlah seiap kali pendaki-pendaki gunung Kinabalu selesai mendaki, mereka akan pergi ke Poring untuk menyegarkan kembali tubuh yang keletihan. Selain itu juga, para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja. Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00. Bagi yang ingin menyewa kereta apabila berada di sana, bolehlah menghubungi saya.
Kali ini, saya ingin menceritakan tentang Pulau Sipadan pula, yang mana lokasi pulau ini adalah berhampiran Semporna, Sabah. Pulau ini adalah sebuah pulau yang amat cantik dan indah. Memang amat sesuai kepada sesiapa yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota. Untuk pengetahuan juga, Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.
Selain itu juga, Pulau Sipadan pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia. Tidak hairanlah, para peminat scuba diving dari seluruh pelosok dunia sanggup datang ke pulau ini untuk menerokai apa yang ada di sebalik pulau ini.
Salah satu tarikan yang membuat para pelancong mengunjungi pulau ini adalah kerana alam bawah laut pulau ini memberi kepuasan kepada para penyelam. Pemandangan yang penuh dengan kehidupan laut seperti barracuda, penyu,ikan dan sebagainya. Di tambah lagi dengan warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang pasti akan memberi kepuasan kepada para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan menarik di dunia.
Untuk sampai ke pulau ini, senang sahaja.. jika anda dari semenanjung, anda boleh mengambil penerbangan dari KLIA atau LCCT terus ke Tawau, Sabah. Dari Tawau, anda boleh menyewa van atau teksi untuk menuju ke Semporna dan seterusnya menaiki bot untuk sampai ke Pulau Sipadan yang terletak berhampiran daerah Semporna ini.
Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke pulau ini, boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga pakej percutian ke Pulau Sipadan..
Pada malam ini ingin saya berkongsi dengan anda semua, tip bercuti sambil berjimat. Mungkin tip ini sangat berguna bagi sesiapa yang suka pergi bercuti dan melancong. Iyalah, sememangnya umum pun mengetahui melancong dan bercuti memerlukan duit. Jadi, saya nak kongsikan sedikit tip yang berguna untuk anda berjimat sambil bercuti. Selamat membaca...
1. Elakkan bercuti semasa cuti
umum atau cuti persekolahan Waktu cuti umum mahupun cuti persekolahan adalah hari yang paling dinanti- nantikan oleh semua untuk bercuti bersama keluarga dan rakan. Masa ini semua hotel dan pusat percutian akan meletakkan harga yang tinggi untuk proses penginapan. Oleh itu ubah jadual percutian kamu bersama keluarga dan yang tersayang pada hari selain musim cuti umum serta atur percutian lebih awal bagi mengelakkan bebanan kerja di pejabat.
2.Gunakan kenderaan awam
Lupakan niat kamu untuk bercuti dengan menaiki kenderaan sendiri dan gantikan perjalanan kamu dengan menaiki kenderaan awam seperti bas. Ini kerana kosnya jauh lebih murah berbanding menaiki kenderaan sendiri. Harga tiket bas lebih murah jika dibandingkan dengan harga minyak dan tol yang terpaksa kamu keluarkan demi percutian tersebut. Tidak salah sekali-sekala menikmati perjalanan dengan pengangkutan awam.
3. Bawa bekalan makanan sendiri
Lebih jimat apabila kamu membawa sendiri bekalan makanan dari rumah. Kebanyakan restoran mahupun kedai makan di lokasi percutian akan meletakkan harga yang tinggi kerana mereka tahu semua pengunjung hanya akan tertumpu pada satu tempat sahaja untuk mendapatkan makanan. Ringan-ringankan tangan untuk bangun awal pagi demi menyediakan bekalan percutian kamu.
4. Sediakan bekalan untuk perjalanan
Semasa dalam perjalanan, sering kali kita singgah ke stesen minyak mahupun kedai runcit untuk mendapatkan makanan ringan. Kurangkan membeli makanan ringan di luar dan gantikan dengan penyediaan bekalan makanan dari rumah seperti roti sandwic dan makanan ringan lain sebagai
alas perut kamu dan rakan.
5. Tempah tiket segera
Bagi mereka yang memilih untuk menaiki kapal terbang ketika percutian, buatlah tempahan tiket lebih awal bagi mendapatkan harga tiket yang lebih murah. Tambahan lagi pembelian secara online biasanya disertakan dengan harga promosi berbanding membeli secara manual di kaunter. Bagi sesiapa yang ingin mencari tiket murah dengan cara yang mudah, sila klik sini Selamat bercuti.
Pada petang hari yang indah ini, ingin saya berkongsi cara untuk mencari tiket yang murah di syarikat penerbangan Air Asia. Caranya adalah menggunakan fleapy, sangat senang dan mudah...
Ini link untuk melihat harga senarai penerbangan ke Kota Kinabalu..KLIK SINI
Tanah Lembap Klias, ialah Hutan Simpan Paya Bakau yang terletak di Beaufort. Tanah Lembap Klias mempunyai populasi monyet probosis yang banyak dan semakin menjadi tumpuan untuk destinasi ekopelancongan yang terkini di Sabah.
Haiwan yang tinggal di pokok ini lazimnya keluar mencari makanan pada waktu petang, oleh sebab itu bot pelayaran persiaran meninggalkan jeti Kota Klias sekitar pukul 3.00 petang. Hidupan tepi sungai lain yang boleh ditemui ialah kera, buaya, biawak benggala, ular pokok dan burung helang. Kembali semula ke jeti, nikmatilah pertunjukan cahaya semula jadi apabila ribuan kunang-kunang membuat persembahan bercahaya untuk tontonan anda.
Pulau Manukan adalah salah sebuah pulau yang menarik di Sabah. Boleh di katakan setiap hari, ramai pelancong asing dan juga pelancong dari kalangan rakyat Malaysia sendiri yang datang melawat pulau ini. Pulau Manukan juga adalah salah satu pulau dari Taman Laut Tunku Abdul Rahman, yang mana terdiri daripada Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan juga Pulau Sulug.
Untuk sampai ke Pulau Manukan adalah mengambil masa lebih kurang 10 - 20 minit dengan menaiki bot dari jeti di Kota Kinabalu. Jeti utama yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Manukan ialah Jesselton Point / Jesselton Quay.
Pelawat pulau ini adalah di alu-alukan untuk berkhemah, berenang dan menyelam di sekitar pulau ini.
Berminat?? Boleh hubungi saya untuk dapatkan harga pakej..
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayahKundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.
Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.
Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.
Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.
Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Kepada sesiapa yang berhajat ingin mendaki gunung Kinabalu, ini adalah sedikit info berkaitan gunung ini. Sumber maklumat ini saya perolehi dari wikipedia.. Selamat membaca.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.