Salam buat semua..
Di kesempatan ini, ingin saya menulis berkaitan tempat apa yang menarik di Sabah dan harus di kunjungi sekiranya datang ke negeri Sabah ini. Hari ini, saya hendak menceritakan tentang Poring Hot Spring pula. Semoga apa yang saya tulis ini akan memberikan maklumat buat sesiapa yang akan berkunjung ke Sabah nanti.
Ok yang pertama,lokasi Poring Hot Spring ini adalah terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Kiranya berhampiran dengan Gunung Kinabalu juga. Sebenarnya Poring bagi masyarakat Kadazan Dusun (salah satu suku kaum yang terdapat di Sabah) merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi tarikan kepada para pelancong adalah kerana Poring terkenal dengan adanya kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Untuk pengetahuan juga, kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Tidak hairanlah seiap kali pendaki-pendaki gunung Kinabalu selesai mendaki, mereka akan pergi ke Poring untuk menyegarkan kembali tubuh yang keletihan. Selain itu juga, para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja. Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00. Bagi yang ingin menyewa kereta apabila berada di sana, bolehlah menghubungi saya.